PRIVACY POLICY

This Privacy Policy sets out how Fitness Innovations (M) Sdn. Bhd. (Company Registration No. 763168-X) of No. 2-8, 2nd Floor, D19 Business Centre, Jalan PJU 8/3, Bandar Damansara Perdana, 47820 Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan, Malaysia (hereinafter referred to as “We”, “Our” or “Us”) collects, uses and protects your personal information which you have provided to us in any manner. By engaging us to provide our services (“Services”) or by accessing our website at www.fit.com.my and/or any of our social medias such as Facebook, Instagram, Twitter, etc. (“Website”), you hereby consent to the processing of your personal information and/or further information in the provision of the Services to you.

COLLECTION OF INFORMATION

(1) We collect personal information when you:-
(a) use our Services;
(b) provide comments or submit an enquiry and/or problem to us;
(c) request information from us and provide your name or return contact information;
(d) join any contests or surveys organised by us; or
(e) register with us either through manual registration, Website, email or by connecting your social media accounts.

(2) We may process personal information such as:-
(a) your name, address, profile picture, contact details such as mobile number and email address;
(b) transaction details related to your use of our Services;
(c) usage and preference information;
(d) information generated from your participation in our survey or interaction with us in various other ways, such as demographic information, your comments, feedback, question or suggestions and information about a subject that may interest you; and
(e) information collected through the use of Cookies (as defined below).

(3) Your personal details are obligatory and if you fail to provide such information, we may not be able to provide you with the Services.

(4) Some of the information collected by us may not be explicitly submitted by you as we also automatically receive and record information on our server logs, including your IP address, cookie information, the pages or services you request, your browser type and language, access times, and/or the referring web site address.

(5) If you give us information about another person, you confirm that the other person has appointed you to act on his/her behalf and has agreed that you can:
(a) give consent on his/her behalf to the processing of his or her personal information;
(b) receive in his or her behalf any data protection notices; and
(c) warrant that you have obtained his/her consent for us to store his or her personal information or have the right to allow us to process his or her personal information.

COOKIES

(1) “Cookies” are data files that may be downloaded to your computer when you use the Website and permit the Website to identify your computer whenever you use the Website. We use cookies to recognise repeat use by users of the Website and to collect information about our users’ interactions with the Website. These cookies contain identification information that enables us to streamline your experiences using the Website.

(2) We may also use small pieces of code called “web beacons” or “clear gifs” to collect anonymous and aggregate advertising metrics, such as counting page views, promotion views, or advertising responses. A web beacon is an electronic image called a single-pixel or clear GIF. Web beacons can recognise certain types of information, such as a user’s cookie number, time and date of a page view, and description of the page where the web beacon is placed. These web beacons may be used to deliver cookies that conform to our cookie policy.

USE OF PERSONAL INFORMATION

(1) In general, other than providing you with the Services and other services incidental or related to the Services, we may use the information provided to us for the following purposes:-
(a) process and manage the use of the Services;
(b) respond to your enquiries;
(c) create personalised promotions by combining your personal information with non-personal information about you;
(d) provide, maintain, protect and improve the Services, to develop new services, and to protect ourselves and the users of our Services;
(e) enforce any Terms and Conditions of use between us;
(f) research purposes including historical and statistical purposes;
(g) general operation and maintenance of the Website;
(h) provide you with regular communications from us relating to the Services; and
(i) investigation of complaints, suspected suspicious transactions and research for service improvement.

DISCLOSURE OF PERSONAL INFORMATION

(1) We may share your personal information with:-
(a) our subsidiaries and licensees and our parent and other affiliated companies for the purpose of developing or marketing new products and services that are developed by our related companies and informing you of such new products or services;
(b) service providers under contract who help with our business operations (such as merchants, partners, payment gateway provider, fraud investigations, bill collection, monitoring of user behavior and the processing of payments for any products or services, legal advisors, accountants and auditors);
(c) third parties (including those overseas) who provide data processing services; and
(d) any person, who is under a duty of confidentiality to which has undertaken to keep such data confidential, which we have engaged to fulfill our obligations to you.

(2) We may disclose your personal information if required to do so by law or if we have good faith belief that such disclosure is necessary to protect and/or defend our rights and interests. We may, as permitted by applicable law, disclose your personal information to third parties in connection with an investigation of fraud, infringement, piracy, tax avoidance and evasion or other unlawful activity and you expressly authorise us to make such disclosures.

(3) If we are merged or acquired by another entity, personal information may be transferred to such entity as a part of the merger or acquisition.

GENERAL

(1) This Privacy Policy is issued in both English and Bahasa Malaysia. In the event of any inconsistencies or discrepancies between the English version and the Bahasa Malaysia version, the English version shall prevail.

(2) If this Privacy Policy changes in any way, it will be updated on this page. Regularly reviewing this page ensures you are updated on the information which is collected, how it is used and under what circumstances, if any, it is shared with other parties. If you wish to make a request for access or request correction of the personal information or have any inquiries or complaints in respect of the personal information, please contact us at:

Privacy Officer
Email Address: learn@fit.com.my
Tel No.: (+603) 7726 0030

Dasar Privasi

Dasar Privasi ini menerangkan bagaimana Fitness Innovations (M) Sdn. Bhd. (No. Pendaftaran Syarikat 763168-X) yang beralamat di No. 2-8, Tingkat 2, D19 Business Centre, Jalan PJU 8/3, Bandar Damansara Perdana, 47820 Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan, Malaysia (selepas ini dirujuk sebagai “Kami”) mengumpul, menggunakan dan melindungi maklumat peribadi yang anda berikan kepada kami melalui apa jua cara. Dengan menghubungi kami untuk menyediakan perkhidmatan kami (“Perkhidmatan”) atau dengan melayari laman web kami di www.fit.com.my dan/atau mana-mana media sosial kami seperti Facebook, Instagram, Twitter dan lain-lain (“Laman Web”), anda dengan ini bersetuju untuk pemprosesan maklumat peribadi dan/atau maklumat lanjut anda dalam penyediaan Perkhidmatan kami kepada anda.

PENGUMPULAN MAKLUMAT

(1) Kami akan mengumpul maklumat peribadi apabila anda:-
(a) menggunakan Perkhidmatan kami;
(b) memberikan komen-komen atau mengemukakan persoalan dan/atau masalah kepada kami;
(c) meminta maklumat daripada kami dan memberikan nama anda atau maklumat perhubungan;
(d) menyertai apa-apa peraduan atau kaji selidik yang kami anjurkan; atau
(e) mendaftar dengan kami sama ada secara manual, Laman Web, emel atau menghubungkan akaun-akaun media sosial anda.

(2) Kami mungkin memproses maklumat peribadi seperti:-
(a) Nama dan alamat anda, gambar profil, maklumat perhubungan seperti nombor telefon bimbit dan emel;
(b) Maklumat-maklumat transaksi yang berkaitan dengan penggunaan Perkhidmatan kami;
(c) Penggunaan dan maklumat keutamaan;
(d) Maklumat yang diperoleh dari penyertaan anda dalam kaji selidik kami atau dengan pelbagai cara interaksi dengan kami, seperti maklumat demografi, komen-komen, maklum balas, pertanyaan atau cadangan-cadangan dan maklumat tentang subjek yang mungkin anda minati; dan
(e) Maklumat yang dikumpul melalui penggunaan Cookies (seperti yang ditakrifkan di bawah).

(3) Maklumat peribadi adalah wajib dan jika anda gagal untuk memberikan maklumat tersebut, kami mungkin tidak boleh membekalkan anda dengan Perkhidmatan kami.

(4) Sebahagian maklumat yang dikumpul oleh kami mungkin tidak diserahkan kepada kami secara tersurat oleh anda kerana kami juga menerima dan merekodkan maklumat secara automatik pada log pelayan, termasuk alamat IP anda, cookie, laman-laman atau perkhidmatan-perkhidmatan yang diminta oleh anda, jenis pelayar anda dan bahasa, masa akses, dan/atau alamat laman web yang merujuk.

(5) Jika anda memberikan kami maklumat mengenai orang lain, anda mengesahkan bahawa orang tersebut telah melantik anda untuk bertindak bagi pihak mereka dan telah bersetuju bahawa anda boleh:
(a) memberi keizinan bagi pihak mereka untuk pemprosesan maklumat peribadi tersebut;
(b) menerima bagi pihak mereka apa-apa notis perlindungan data; dan
(c) menjamin bahawa anda telah mendapat persetujuan mereka untuk membenarkan kami untuk menyimpan maklumat peribadi tersebut atau mempunyai hak untuk membenarkan kami untuk memproses maklumat peribadi tersebut.

COOKIES DAN WEB BEACON

(1) “Cookie” adalah fail data yang mungkin dimuat turun ke dalam komputer anda apabila anda menggunakan Laman Web dan membenarkan Laman Web tersebut mengenal pasti komputer anda apabila anda menggunakan Laman Web tersebut. Kami menggunakan cookies untuk mengiktiraf penggunaan ulangan oleh pengguna dan untuk mengumpul maklumat tentang interaksi pengguna kami dengan Laman Web kami. Cookies ini mengandungi maklumat pengenalan diri yang membolehkan kami menyelaraskan pengalaman anda semasa menggunakan Laman Web ini.

(2) Kami juga mungkin menggunakan kod yang dipanggil “web beacon” atau “clear gifs” untuk mengumpul agregat metrik pengiklanan yang tidak bernama (anonymous), seperti mengira layaran halaman, layaran promosi atau respons pengiklanan. Web beacon adalah imej elektronik yang dipanggil piksel-tunggal atau clear gifs. Web beacon boleh mengenal pasti jenis-jenis maklumat tertentu, seperti nombor cookie pengguna, masa dan tarikh halaman dilayari serta perihalan halaman di mana web beacon itu terletak. Web beacon ini mungkin digunakan untuk menyampaikan cookies yang mematuhi dasar cookie kami.

PENGGUNAAN MAKLUMAT PERIBADI

(1) Secara umumnya, kami mungkin menggunakan maklumat yang diberikan kepada kami untuk tujuan-tujuan yang berikut: –
(a) memproses dan mengurus pengguna Perkhidmatan kami;
(b) membalas pertanyaan-pertanyaan anda;
(c) mencipta promosi tersendiri dengan menggabungkan maklumat peribadi anda dengan maklumat bukan peribadi anda;
(d) memberi, mengekalkan, melindungi dan menaiktaraf Perkhidmatan kami, untuk membangunkan perkhidmatan-perkhidmatan baru dan untuk melindungi diri sendiri dan pengguna-pengguna Perkhidmatan kami;
(e) menguatkuasakan mana-mana Terma dan Syarat penggunaan di antara kami;
(f) tujuan penyelidikan termasuk tujuan-tujuan sejarah dan statistik;
(g) urusan dan penyelenggaraan umum Laman kami;
(h) membekalkan anda dengan komunikasi yang kerap daripada kami berkaitan dengan Perkhidmatan; dan
(i) menyiasat aduan-aduan, urus niaga yang mencurigakan dan penyelidikan untuk penambahbaikan perkhidmatan kami.

PENDEDAHAN MAKLUMAT PERIBADI

(1) Kami mungkin akan berkongsi maklumat tentang anda dengan:-
(a) anak-anak syarikat atau pemegang-pemegang lesen kami dan syarikat induk kami serta gabungan lain yang bertujuan untuk membangun atau memasarkan produk–produk atau perkhidmatan-perkhidmatan baru yang telah dibangunkan oleh syarikat-syarikat yang berkaitan dengan kami dan maklumkan anda tentang produk-produk atau perkhidmatan-perkhidmatan baru tersebut;
(b) pembekal-pembekal perkhidmatan di bawah kontrak yang membantu operasi perniagaan kami (seperti saudagar, peniaga-peniaga, rakan-rakan kongsi, pembekal gerbang pembayaran, siasatan penipuan, pengumpulan hutang, memantau tingkah laku pengguna dan pemprosesan bayaran untuk mana-mana produk atau perkhidmatan, penasihat undang-undang, akauntan dan juruaudit);
(c) pihak ketiga (termasuk yang di luar negara) yang menyediakan perkhidmatan pemprosesan data; dan
(d) mana-mana orang yang berada di bawah kewajipan kerahsiaan yang telah diamanahkan untuk menyimpan data secara sulit, yang telah kami lantik untuk memenuhi tanggungjawab kami kepada anda.

(2) Kami mungkin mendedahkan maklumat peribadi anda jika perlu untuk berbuat demikian oleh undang-undang atau jika kami mempunyai kepercayaan yang berniat baik bahawa pendedahan sedemikian adalah perlu untuk melindungi dan/atau mempertahankan hak-hak dan kepentingan kami. Kami mungkin, sebagaimana yang dibenarkan oleh undang-undang yang berkenaan, mendedahkan maklumat peribadi anda kepada pihak ketiga berkaitan dengan sesuatu penyiasatan penipuan, pelanggaran, cetak rompak, pengelakan cukai dan pengelakan atau aktiviti yang menyalahi undang-undang lain dan anda secara nyata memberi kuasa kepada kami untuk membuat apa-apa pendedahan.

(3) Jika kami bergabung atau diperolehi oleh entiti yang lain, maklumat peribadi anda mungkin dipindahkan kepada entiti itu sebagai sebahagian daripada penggabungan atau pengambilalihan.

AM

(1) Dasar Privasi ini dikeluarkan dalam Bahasa Inggeris dan Bahasa Malaysia. Sekiranya terdapat apa-apa ketidakselarasan atau percanggahan antara versi Bahasa Inggeris dan versi Bahasa Malaysia, versi Bahasa Inggeris akan diguna pakai.

(2) Jika terdapat perubahan pada Dasar Privasi ini dalam apa jua cara, ia akan dikemaskinikan melalui halaman ini. Dengan sering melayari halaman ini, anda akan dimaklumkan tentang maklumat yang kami kumpul, cara ia digunakan dan dalam keadaan yang bagaimana, jika ada, ia dikongsi bersama pihak yang lain. Jika anda ingin membuat permintaan untuk akses atau pembetulan maklumat peribadi atau mempunyai apa-apa soalan atau aduan berkenaan dengan maklumat peribadi, sila hubungi kami di:

Pegawai Privasi
Alamat Emel: learn@fit.com.my
No. Tel: (+603) 7726 0030

Dated/ Bertarikh: 9 April 2017